Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan Ini Kami Dari Geng Anak Kota
Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon Ampun Maaf Zahir & Batin
Semoga Syawal Kali Ini Memberi Makna Kepada Semua Umat Islam Di Seluruh Dunia.


Salam Aidilfitri Dari Kami

Sunday, September 5, 2010

Slot Selamat Pagi Malaysia

Haa.. ari neh tersematlah kisah kitaorg semua dlm Slot Selamat Pagi Malaysia - Cerita Ramadhan Saya Jam 9 Pagi. So saksikan video yg tak seberapa cantik neh.



Kualiti video kurang menarik kerana menggunakan kamera telefon bimbit.

Disini Kami dari Anak Kota(Skuad Ukhwah) Mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak RTM dan Selamat Pagi Malaysia kerana sudi menemuramah kami, agar slot ini akan menjadi tontonan ramai. Selain itu juga Blog Anak Kota ini mengucapkan ribuan tahniah kepada Anak Kota (Skuad Ukhwah) kerana sekali lagi berjaya mengadakan program sebegini

Wednesday, September 1, 2010

Disebalik Tabir Interview RTM - Video

Saksikan serba sedikit video interview geng-geng anak kota (Skuad Ukhwah) bersama RTM.


RTM Sedang Menemuramah Azli


Inilah sedikit sebanyak yg dapat ditunjukkan oleh geng-geng anak kota (Skuad Ukhwah).

Saksikan Slot kami di tv 1
dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia
6-September-2010 (Isnin) Jam 8.30 Pagi

Sehinggan berjumpa lagi. Salam Sayang Pada Semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Tuesday, August 31, 2010

Disebalik Tabir Interview RTM

Pada 31 Ogos, geng-geng anak kota telah dipelawa untuk mengadakan interview dgn Pihak RTM berkenaan Panjut. Mari kita lihat serba sedikit dari interview tersebut

Geng - geng anak kota (Skuad Ukhwah) sdg beraksi sbg pelakon.

Memotong & Menebuk Buluh Panjut

Memasukkan Sumbu ke dalam Buluh Panjut

Memasang Panjut pada kaki

Minyak Diesel yg dicampurkan dgn Minyak Tanah.

Nyalaan Emas Panjut Anak Kota.

Salah sorang geng anak kota (Skuad Ukhwah) sedang di interview.

Sesi pengambaran proses memasak bubur.

Sumbangan Hadiah yg diberikan Oleh Pihak RTM

Nantikan video disebalik tabir pembikinan interview geng-geng anak kota (Skuad Ukhwah) bersama RTM di Post yg akan dtg.


Sambutan Merdeka 53 Tahun

Serba sedikit video yg dpt dirakam semasa kerja-kerja pemasangan sedang dijalankan.

Nyalaan Angka 53 Tahun


Logo 1 Malaysia


Nyalaan 1 Malaysia



Ini adalah sedikit cerita dari geng anak kota. Esok adalah hari bersejarah buat geng anak kota kerana mereka semua mendapat pelawaan dari pihak RTM untuk di interview oleh pihak RTM sendiri berkenaan Projek Panjut Merdeka Raya mereka.

Panjut Anak Kota

Macam-macam tahun lepas dan selepasnya, projek panjut tak pnh dilupakan. setiap tahun ada saja idea dari rakan-rakan untuk memeriahkan bulan ramadhan & raya. kebiasaannya panjut neh dibuat oleh anak muda dikampung, tetapi kali ini tercipta satu kelainan dari anak muda yg semuanya berasal dari kuala lumpur ini. Ramai yg tertanya-tanya boleh ke tradisi panjut neh dibawa ke kuala lumpur, ternyata semua anak muda ini telah membuktikan bahawa mereka akan berusaha mencipta satu sejarah tradisi panjut di tengah-tengah bandaraya kuala lumpur. Projek panjut pertama mereka pada tahun 2009 dan diberi nama sebagai Panjut Anak Kota, terbukti mendapat liputan luas dari pihak kosmo. Pada tahun neh semua anak muda di PPR Cochrane Laksamana Blok D sekali lagi di beri kepercayaan bagi memeriahkan kawasan perumahan mereka dan juga mendapat liputan dari pihak RTM. Mari kita ikut proses untuk melakukan Projek Panjut mereka.



Proses Memotong, Menebuk & Memasukan Sumbu Kedalam Buluh & Pelita.



Pada tahun ini, mereka ingin melakukan sedikit kelainan dari tahun-tahun yg lepas. Disebabkan sambutan Hari Merdeka pada Bulan Ramadhan dan seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri, mereka telah menjana satu idea agar kesemua panjut mereka ini dapat memeriahkan lagi keadaan dan juga keceriaan bagi penduduk dikawasan PPR Cochrane Laksamana neh. Jom kita lihat proses yg mereka lakukan.


Proses memotong kayu untuk membuat logo 1 Malaysia.


Proses Mengecat logo 1 Malaysia.


Pelita yang sudah mengisi minyak.








Proses Menyiapkan Angka 53 Semperna 53 Tahun Merdeka.








Proses Memasang Logo 1 Malaysia Dan Nyalaannya.

Dan Akhirnya usaha mereka



Selamat Hari Merdeka & Salam Ramadhan.

Esok Ada Shooting Untuk Cerita Panjut Anak Kota. Tgu kemunculan gambar atau video yg dirakam oleh mereka.