Tuesday, August 31, 2010

Panjut Anak Kota

Macam-macam tahun lepas dan selepasnya, projek panjut tak pnh dilupakan. setiap tahun ada saja idea dari rakan-rakan untuk memeriahkan bulan ramadhan & raya. kebiasaannya panjut neh dibuat oleh anak muda dikampung, tetapi kali ini tercipta satu kelainan dari anak muda yg semuanya berasal dari kuala lumpur ini. Ramai yg tertanya-tanya boleh ke tradisi panjut neh dibawa ke kuala lumpur, ternyata semua anak muda ini telah membuktikan bahawa mereka akan berusaha mencipta satu sejarah tradisi panjut di tengah-tengah bandaraya kuala lumpur. Projek panjut pertama mereka pada tahun 2009 dan diberi nama sebagai Panjut Anak Kota, terbukti mendapat liputan luas dari pihak kosmo. Pada tahun neh semua anak muda di PPR Cochrane Laksamana Blok D sekali lagi di beri kepercayaan bagi memeriahkan kawasan perumahan mereka dan juga mendapat liputan dari pihak RTM. Mari kita ikut proses untuk melakukan Projek Panjut mereka.



Proses Memotong, Menebuk & Memasukan Sumbu Kedalam Buluh & Pelita.



Pada tahun ini, mereka ingin melakukan sedikit kelainan dari tahun-tahun yg lepas. Disebabkan sambutan Hari Merdeka pada Bulan Ramadhan dan seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri, mereka telah menjana satu idea agar kesemua panjut mereka ini dapat memeriahkan lagi keadaan dan juga keceriaan bagi penduduk dikawasan PPR Cochrane Laksamana neh. Jom kita lihat proses yg mereka lakukan.


Proses memotong kayu untuk membuat logo 1 Malaysia.


Proses Mengecat logo 1 Malaysia.


Pelita yang sudah mengisi minyak.








Proses Menyiapkan Angka 53 Semperna 53 Tahun Merdeka.








Proses Memasang Logo 1 Malaysia Dan Nyalaannya.

Dan Akhirnya usaha mereka



Selamat Hari Merdeka & Salam Ramadhan.

Esok Ada Shooting Untuk Cerita Panjut Anak Kota. Tgu kemunculan gambar atau video yg dirakam oleh mereka.



No comments:

Post a Comment